Pages


mari bersama lensakita ! ! !



selamat datang ke blog lensakita...semuga apa yang dipaparkan dlm blog ini menarik perhatian anda semua...keseronokkan untuk anda sentiasa terus melayari bersama lensakita pasti tidak akan jemu.... welcome welcome welcome..

Monday, May 3

k e m b a l i : k e p a d a N ya

pagi ahad 25hb april 2010 ..aku bawa sarapan ke hospital untuk bonda seperti biasa dengan perasaan gembira memandangkan hari tu bonda akan dibenarkan keluar setelah sebulan bonda ditahan ..... lepas sarapan doktor datang untk memeriksa bonda untuk kali terakhir sebelum keluar wad... tiba2 ...

doc: " eh nampaknya kena tahan lagi mak awak nie..sb oksigen makcik xstabil balik..".. ha?
ape nak kata? aku terdiam.. oksigen bonda mula turun kpd 50- 60 %.. aku terus memandang bonda dengan perasaan yang agak risau...

seharian bonda dipantau oleh beberapa orang doktor..keaadan nyer semakin tidak stabil..sehinggalah pagi esok nya bonda semakin lemah..selepas membersihkan dan salin pakaian bonda...keadaan menjadi kritikal..waktu tu aku sorang diri di sisi bonda...xtahu nak ckp ape da mase tu hanya beserah saja pada tuhan...doktor sedaya upaya menyelamatkan keadaan...tiba2 doktor panggil aku..." ajar mak awak mengucap yer.." ape nak kate lagi? akhirya 09:25 pagi bonda menghembuskan nafas terakhir buat selama- lamanyer di depan mata aku...ya allah...hanya tuhan saja tahu perasaan aku masa tu...

al - fatihah kepada bonda tercinta yg telah pulang ke rahmatullah pada 26 april 2010 ...
muga bonda ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman...ya allah ampunilah dosa2 bonda...amin..
anakanda sentiasa merindui bonda...
Related Posts with Thumbnails